Monday, September 14, 2015

Wanita separuh bogel serbu imam (Video)


Persidangan Islam di Pontoise, di pinggir Paris di Perancis dicemari dua wanita yang tampil dengan keadaan separuh bogel dengan menayangkan buah dada.
Lebih jelek wanita yang berusia 31 dan 25 tahun itu, menyerbu pentas di mana dua iman sedang berucap dengan merampas pembesar suara sehingga memaksa mereka berundur ke belakang.
Sejurus selepas ia berlaku salah seorang daripada mereka diseret ke belakang pentas manakala seorang lagi meneruskan bantahan.
Rakaman video menunjukkan salah seorang daripada mereka kemudian disepak di bawah pentas.
Femen merupakan satu pertubuhan yang diasaskan di Ukraine pada 2008, menggunakan cara bogel bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan atau mana-mana pertubuhan yang tidak sebulu dengannya.


Friday, September 11, 2015

Gadis dibakar hidup-hidup (Gambar)

Guatemala City: Seorang gadis berusia 16 tahun dibakar hidup-hidup dengan disorak oleh puluhan penduduk kampung.

Kejadian ngeri dan kejam itu terkandung dalam klip video selama empat minit 38 saat yang tersebar di Guatemala.

Ia menunjukkan gadis berkenaan dengan darah mengalir di mukanya selepas ditumbuk dan ditendang sebelum dia dibakar.

Menurut laporan, gadis yang namanya tidak disiarkan itu dikepung di Kampung Rio Bravo, 124 kilometer ke barat Guatemala City selepas didakwa terbabit dalam pembunuhan seorang pemandu teksi roda tiga.

Dia dan dua lelaki lain dituduh menembak mati Carlos Enrique González Noriega, 68, sebelum merompak mangsa dan melarikan diri.



Doktor sambut ketumban (Gambar)

California: Doktor di sebuah hospital di sini terkejut apabila seorang bayi lelaki dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean masih di dalam ketubannya yang tidak pecah.

Bayi dinamakan Silas Philips itu dilahirkan tiga bulan lebih awal dari dijadualkan dan dianggap keajaiban oleh doktor yang menyambutnya, Dr William Binder.

Ketika dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, California, tangan dan kakinya selain uri serta tali pusat dapat dilihat jelas di dalam ketuban itu.

Malah, sehingga ketuban itu dipecahkan, dia masih menerima oksigen menerusi urinya.

California: Doktor di sebuah hospital di sini terkejut apabila seorang bayi lelaki dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean masih di dalam ketubannya yang tidak pecah.

Bayi dinamakan Silas Philips itu dilahirkan tiga bulan lebih awal dari dijadualkan dan dianggap keajaiban oleh doktor yang menyambutnya, Dr William Binder.

Ketika dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, California, tangan dan kakinya selain uri serta tali pusat dapat dilihat jelas di dalam ketuban itu.

Malah, sehingga ketuban itu dipecahkan, dia masih menerima oksigen menerusi urinya.

Lazimnya, ketuban pecah ketika bayi dilahirkan dan menjadi penanda untuk si ibu.

Ia turut boleh pecah ketika pembedahan Caesarean apabila dipotong doktor untuk mengeluarkan bayi.

Menurut doktor, kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.

“Kami semua tergamam melihat kejadian ini. Pasti ini kenangan tidak akan dilupakan.

“Saya sempat mengambil gambar kerana menganggap pengalaman ini terlalu menakjubkan,” katanya.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan tidak menyedari apa yang berlaku sehingga Dr Binder menunjukkan gambar Silas kepadanya.

“Kepala dan rambutnya dapat dilihat jelas di dalam selaput lutsinar. Dia masih meringkuk seperti di dalam rahim.

“Terus saya terfikir, wah memang anak ini istimewa!” katanya.

Silas dilahirkan pada usia 26 minggu namun sihat dan doktor yakin dia boleh pulang bersama keluarganya bulan depan.



Thursday, September 10, 2015

‘Saya sudah bergelar pelakon’-Tun M (Video)


Petaling Jaya: "Babak saya pendek saja. Berlakon satu-satunya perkara saya tak buat selama ini. Di lokasi saya meletakkan diri sebagai pelakon jadi saya ikut saja arahan diberikan.
"Lagipun pembabitan saya itu adalah biasa. Walaupun masih ada rasa gementar, sekurang-kurangnya saya boleh katakan kepada masyarakat saya sudah bergelar pelakon," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 90.

Beliau berkata demikian selepas menonton filem Kapsul yang turut dibintanginya, di sini, malam tadi.
Hadir sama, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Menurutnya, filem arahan dan skrip oleh Allahyarham Martias Ali ini berbeza dengan filem tempatan lain kerana ia bukan saja mengimbau sejarah dari zaman sebelum merdeka tetapi turut mengetengahkan unsur sains fiksyen.
"Saya ada bertanya kepada penerbit sama ada skrip filem ini diubah, tapi katanya tidak sama sekali biarpun ia sudah ditulis arwah Martias sejak 2009 lagi.
"Saya bangga dengan skrip dihasilkan kerana arwah boleh menjangkakan apa akan terjadi sama seperti saya selalu perkatakan. Saya juga nak tegaskan, filem ini tak berkait langsung dengan politik. Ia lebih kepada sejauh mana Wawasan 2020 boleh tercapai atau tidak," katanya yang berpuas hati dengan filem itu.
Dr Mahathir yang terbabit dalam lima babak dalam filem itu berkata, pembabitannya adalah pada saat akhir.
Katanya, beliau hanya sempat berlatih selama beberapa minit sebelum penggambaran.
"Ketika hari penggambaran baru saya diberikan skrip. Latihan pula beberapa minit saja. Secara keseluruhan ada dalam dua ke tiga kali perlu diulang," katanya.
Filem Kapsul yang diterbitkan Two Tones Sdn Bhd menampilkan pelakon seperti Faizal Hussein, Zamarul Hisyam, Elly Mazlein, Normah Damanhuri, Jue Aziz, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.
Ia bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 17 September ini.


Sumber :- http://www.hmetro.com.my/node/76632


Kanak-Kanak Meraung Kesakitan Dirogol Dalam Semak !! (Video)



Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang memakai tudung berwarna kuning telah diperk0sa oleh dua orang lelaki telah menjadi viral di laman sosial hujung minggu yang lalu.
Insiden mengerikan itu dikatakan berlaku di sebuah kawasan semak yang terletak jauh dari jalan raya yang membuatkan dua lelaki durjana berkenaan dengan beraninya melakukan aktiviti tidak bermoral itu.

Mangsa yang dipercayai seorang kanak-kanak hanya mampu menangis dan meraung dalam kesakitan, sesekali diarahkan oleh suspek supaya berhenti menjerit.

MASHA' ALLAH!!!! Manusia jenis apakah ini sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu dengan seorang kanak-kanak yang lemah dan tidak terdaya untuk melawan. Diingatkan kepada perempuan diluarsana supaya berhati-hati dengan lelaki yang tidak dikenali supaya dapat mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.


Akhirnya Terbongkar !! Rakaman Pembantu Rumah Dirogol Anak Majikan TERSEBAR Laman Sosial ! (Video)



NETIZENS di Filipina telah dikejutkan dengan sebuah video yang dimuat naik oleh seorang warganya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Bahrain.
Dalam video itu memaparkan seorang wanita bernama Abby Luna yang mendakwa dia telah dirogol oleh anak majikannya yang merupakan seorang penagih dadah, Khamis lalu.

Menurut Abby Luna, dia bukan saja mengalami penderaan seksual sebaliknya fizikal apabila mendakwa dia mengalami sakit akibat ditumbuk dan lebam payudara tetapi apabila kejadian itu diadukan kepada majikannya, dia pula yang disalahkan.

Majikannya yang merupakan warga Bahrain itu telah memberi kata dua kepada Abby iaitu menunggu hingga dua bulan jika mahu pulang semula ke negara asalnya selain membayar sendiri tiket penerbangan balik.

Selain diberi kata dua oleh majikannya, dia dijanjikan untuk dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya dia mengandung dan jika itu berlaku kandungannya akan digugurkan sebelum dia dihantar pulang



Soo Wincci Desak Najib Razak Letak Jawatan (Video)


Penyanyi terkenal So Wincci, 29 telah memuatnaik satu video untuk meluahkan rasa terharu kepada rakyat Malaysia turut padang menjayakan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Dalam video tersebut juga, Wincci turut mendesak Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak untuk meletak jawatan dengan segera memandangkan pemimpin itu sudah lama mentadbir negara dan begitu selesa dengan kedudukan itu.

Walaupun mungkin akan menerima padah seperti disenaraihitamkan daripada menjejaki negara ini lagi, Wincci sanggup menerima risiko itu jelas penyanyi yang semakin popular di Taiwan.

Tegasnya, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.
”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima.

"Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu,"

Bagaimanapun katanya, dia tiada niat untuk melukakan hati mana-mana pihak, namun apa yang dilakukannya hak sebagai seorang rakyat.

"Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri.

”Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang," tegasnya yang kini sedang berada di Taiwan atas urusan kerja.