Monday, September 14, 2015

Wanita separuh bogel serbu imam (Video)

Persidangan Islam di Pontoise, di pinggir Paris di Perancis dicemari dua wanita yang tampil dengan keadaan separuh bogel dengan menayangkan buah dada.
Lebih jelek wanita yang berusia 31 dan 25 tahun itu, menyerbu pentas di mana dua iman sedang berucap dengan merampas pembesar suara sehingga memaksa mereka berundur ke belakang.
Sejurus selepas ia berlaku salah seorang daripada mereka diseret ke belakang pentas manakala seorang lagi meneruskan bantahan.
Rakaman video menunjukkan salah seorang daripada mereka kemudian disepak di bawah pentas.
Femen merupakan satu pertubuhan yang diasaskan di Ukraine pada 2008, menggunakan cara bogel bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan atau mana-mana pertubuhan yang tidak sebulu dengannya.

Friday, September 11, 2015

Gadis dibakar hidup-hidup (Gambar)

Guatemala City: Seorang gadis berusia 16 tahun dibakar hidup-hidup dengan disorak oleh puluhan penduduk kampung.

Kejadian ngeri dan kejam itu terkandung dalam klip video selama empat minit 38 saat yang tersebar di Guatemala.

Ia menunjukkan gadis berkenaan dengan darah mengalir di mukanya selepas ditumbuk dan ditendang sebelum dia dibakar.

Menurut laporan, gadis yang namanya tidak disiarkan itu dikepung di Kampung Rio Bravo, 124 kilometer ke barat Guatemala City selepas didakwa terbabit dalam pembunuhan seorang pemandu teksi roda tiga.

Dia dan dua lelaki lain dituduh menembak mati Carlos Enrique González Noriega, 68, sebelum merompak mangsa dan melarikan diri.

Doktor sambut ketumban (Gambar)

California: Doktor di sebuah hospital di sini terkejut apabila seorang bayi lelaki dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean masih di dalam ketubannya yang tidak pecah.

Bayi dinamakan Silas Philips itu dilahirkan tiga bulan lebih awal dari dijadualkan dan dianggap keajaiban oleh doktor yang menyambutnya, Dr William Binder.

Ketika dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, California, tangan dan kakinya selain uri serta tali pusat dapat dilihat jelas di dalam ketuban itu.

Malah, sehingga ketuban itu dipecahkan, dia masih menerima oksigen menerusi urinya.

Lazimnya, ketuban pecah ketika bayi dilahirkan dan menjadi penanda untuk si ibu.

Ia turut boleh pecah ketika pembedahan Caesarean apabila dipotong doktor untuk mengeluarkan bayi.

Menurut doktor, kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.

“Kami semua tergamam melihat kejadian ini. Pasti ini kenangan tidak akan dilupakan.

“Saya sempat mengambil gambar kerana menganggap pengalaman ini terlalu menakjubkan,” katanya.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan tidak menyedari apa yang berlaku sehingga Dr Binder menunjukkan gambar Silas kepadanya.

“Kepala dan rambutnya dapat dilihat jelas di dalam selaput lutsinar. Dia masih meringkuk seperti di dalam rahim.

“Terus saya terfikir, wah memang anak ini istimewa!” katanya.

Silas dilahirkan pada usia 26 minggu namun sihat dan doktor yakin dia boleh pulang bersama keluarganya bulan depan.